PM Anwar akan ke Istana Negara pada 2.30 petang ini
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan hadir ke Istana Negara pada pukul 2.30 petang Selasa (12 Dis) untuk Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Persekutuan.
Pengesahan Perdana Menteri Malaysia itu mengukuhkan lagi spekulasi akan berlaku rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan pada Selasa, lapor Astro Awani.
“Rombakan Kabinet? 2.30 petang nanti akan ke Istana (Negara),” kata Encik Anwar kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Dewan Utama, Kementerian Kewangan, di Kuala Lumpur pada Selasa.
Sejak semalam (11 Dis), media melaporkan kemungkinan lima portfolio kementerian bakal dirombak selain jawatan menteri di Kementerian Perdagangan Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang masih belum diisi menyusuli kematian penyandangnya, Allahyarham Salahuddin Ayub.
Pada masa yang sama, rombakan juga bakal melibatkan Kementerian Kewangan dengan tumpuan kepada jawatan Menteri Kewangan Kedua, seperti dinukil Astro Awani.
Persoalan berbangkit ketika ini adalah adakah terdapat individu dari golongan teknokrat yang bakal diserap ke dalam Kabinet Perpaduan Kerajaan Madani.
Dalam perkembangan sama, Encik Anwar juga dijangka mengadakan sidang media mengenai rombakan Kabinet pada pukul 11.00 pagi ini di Pejabat Perdana Menteri.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.