Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Anwar akan ke ibu pejabat UMNO bagi mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar akan ke ibu pejabat UMNO bagi mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berucap di sebuah sidang media pada 5 Dis 2022. (Gambar fail: Pejabat Perdana Menteri Malaysia/Afiq Hambali)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim dijadual 'kembali' ke Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn pada malam Selasa (7 Feb) selepas kira-kira 25 tahun tidak menjejakkan kakinya di sana.

Perdana Menteri dijadual hadir ke bangunan itu kira-kira jam 8.30 malam ini (7 Feb) bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Jurucakap sekretariat yang dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Mesyuarat itu juga akan dihadiri pemimpin utama UMNO dan Barisan Nasional (BN), termasuk Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.

Turut dijangka hadir, pemimpin utama parti Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta WARISAN.

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu, Ahmad Zahid memaklumkan mengenai penubuhan sekretariat itu, yang ditubuhkan bersama parti dalam Kerajaan Perpaduan, dengan pejabat urusannya bertempat di Menara Dato' Onn.

Timbalan Perdana Menteri itu juga memaklumkan, Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki akan mengetuai sekretariat berkenaan.

Sekretariat itu antara lain bertujuan menjamin kelangsungan Kerajaan Perpaduan yang sudah disepakati.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, sekretariat itu akan membincangkan dari semasa ke semasa, perjalanan kerajaan dan langkah ke hadapan, termasuk dalam soal kerjasama politik.

Encik Anwar dipecat dari UMNO pada 3 September 1998 dan sejak itu, Menara Dato' Onn adalah tempat asing baginya untuk dikunjungi.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan