PM Anwar akan bincang dengan ketua parti, senarai Kabinet diumum dalam masa terdekat
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua parti sebelum mengumumkan senarai nama yang akan mengisi kekosongan Kabinet Kerajaan MADANI dalam masa terdekat.
Anggaran Waktu Membaca:
CYBERJAYA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua parti sebelum mengumumkan senarai nama yang akan mengisi kekosongan Kabinet Kerajaan MADANI dalam masa terdekat.
Encik Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata meskipun urusan penyusunan barisan Jemaah Menteri adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri, pandangan daripada semua pihak dalam Kerajaan MADANI tetap akan diambil kira.
“Biar saya runding. Betul, ia budi bicara atau wewenang Perdana Menteri untuk mohon perkenan Yang di-Pertuan Agong tetapi seperti biasa dalam proses demokrasi, pandangan rakan-rakan tetap dihormati.
“Saya tentunya akan mendengar beberapa pandangan dari ketua-ketua parti tetapi keputusan muktamad saya akan ambil dalam masa terdekat,” kata beliau kepada wartawan selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,500 jemaah di Masjid Cyberjaya 10 di Cyberjaya pada Jumaat (5 Dis).
Encik Anwar sebelum ini dilapor akan memutuskan senarai menteri dan timbalan menteri Kerajaan MADANI selepas pertimbangan yang cermat, berhemah dan berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara.
Beliau turut memberikan bayangan bahawa rombakan kabinet yang akan diumumkan tidak melibatkan perubahan besar-besaran, sebaliknya hanya untuk mengisi kekosongan beberapa jawatan menteri.
Menurut Encik Anwar, pertimbangan semasa menunjukkan tiada keperluan untuk rombakan menyeluruh memandangkan tempoh pentadbiran Kerajaan MADANI kini hanya berbaki sekitar setahun setengah sebelum berakhir.
Ketika ini, terdapat beberapa kekosongan dalam Kabinet MADANI, antaranya bagi portfolio Menteri Ekonomi, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.