Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Anwar adakan pertemuan dua hala dengan Putin di Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar adakan pertemuan dua hala dengan Putin di Rusia

(Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)

VLADIVOSTOK: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, pada Rabu (4 Sep).

Pertemuan dua halai itu bersempena dengan lawatan kerja dua hari Encik Anwar ke Rusia, dan beliau dijadual menyampaikan ucapan pada sidang pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan, pada Khamis (5 Sep).

Encik Anwar tiba di Vladivostok pada Rabu, pukul 8.33 pagi waktu tempatan (6.33 pagi waktu Malaysia). Ia merupakan lawatan pertama ke Rusia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada November 2022.

Encik Anwar, yang bersetuju bahawa potensi sebenar hubungan Malaysia-Rusia belum dimanfaatkan sepenuhnya, komited untuk mempertingkatkan kerjasama dengan negara itu dalam semua bidang.

“Saya pastinya berharap untuk mempunyai hubungan yang lebih baik, kerjasama peribadi dan kerajaan, semua bidang (dengan Rusia),” kata Encik Anwar semasa pertemuan dua hala dengan Encik Putin.

Encik Anwar yang juga Menteri Kewangan telah memberi jaminan kepada Encik Putin bahawa, sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, beliau akan berusaha untuk meningkatkan kerjasama kumpulan serantau itu dengan Rusia dalam semua bidang.

“Seperti yang anda tahu, ASEAN sentiasa menjalin hubungan dengan Rusia dan kami mempunyai perdagangan terbuka yang memfokuskan kepada semikonduktor atau dalam beberapa bidang berkaitan.

“Tentu sekali, kami di ASEAN menantikan penyertaan anda (pada Sidang Kemuncak ASEAN 2025),” katanya.

Encik Anwar akui potensi besar Rusia dan sebagai negara terbesar dunia, ia menunjukkan keazaman untuk menghadapi pelbagai kesukaran dan mengatasinya.

“Jika anda boleh berkongsi perkara ini dalam kerjasama (kita)...kami pasti akan mendapat manfaat daripada pengalaman ini,” katanya.

Pada pertemuan itu, Encik Anwar mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Encik Putin secara peribadi, kerana bertemu dengannya walaupun mempunyai jadual yang padat.

“Kami, tentunya berharap untuk mempunyai program susulan yang efektif supaya perbincangan (hari ini) tidak berakhir di sini. Saya berharap dapat bekerjasama dengan anda dan pasukan anda,” katanya.
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan