PM Albanese dijangka umum tarikh pilihan raya; rakyat Australia mungkin keluar mengundi 3 Mei
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese dijangka akan mengumumkan tarikh pilihan raya pada 3 Mei, lapor Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) pada Khamis (27 Mac).
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, di satu sidang media di Sydney, pada 12 Disember 2024. (Gambar fail: AP/Mark Baker)
Menurut laporan itu, Encik Albanese akan mengadakan pertemuan dengan Gabenor Jeneral Sam Mostyn di ibu negara Australia, Canberra, bagi menasihati beliau mengenai pembubaran Parlimen dan pengumuman pilihan raya persekutuan pada 3 Mei. Ini akan mencetuskan "kempen lima minggu untuk meyakinkanm para pengundi sama ada untuk menyokong Parti Buruh di bawah kepimpinan Anthony Albanese atau perikatan Liberal-National yang diketuai oleh Peter Dutton lebih layak untuk menerajui negara itu".
Laporan tersebut juga menyatakan bahawa isu kos sara hidup dijangka akan menjadi tumpuan kempen, dan kedua-dua parti perlu berkempen secara agresif untuk memastikan mereka memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk pemerintah, dengan sekurang-kurangnya 76 kerusi diperlukan untuk memperoleh majoriti mutlak.
Dengan hanya tiga kerusi diperlukan untuk menyebabkan Parti Buruh kehilangan kuasa majoriti dan 19 kerusi untuk membolehkan Liberal-National membentuk pemerintah, dengan penganalisis tinjauan pendapat menjangkakan Parlimen tergantung sebagai keputusan paling berkemungkinan berdasarkan sokongan semasa.
Laporan itu turut menyebut bahawa beberapa tinjauan mendapati jumlah pengundi yang tidak komited adalah lebih besar daripada biasa, dan persaingan paling sengit dijangka berlaku di kawasan-kawasan pinggir bandar Melbourne dan Sydney, yang dianggap sebagai antara kawasan paling berpotensi bertukar tangan serta menentukan keputusan pilihan raya kelak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.