Skip to main content

Dunia

Platform X milik Elon Musk setuju bayar AS$10 juta lunaskan tuntutan mahkamah Trump

Platform media sosial X milik Elon Musk bersetuju untuk membayar sekitar AS$10 juta untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah yang dikemukakan oleh Presiden Donald Trump terhadap syarikat itu dan mantan ketua eksekutifnya, lapor Wall Street Journal (WSJ) pada Rabu (12 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Platform X milik Elon Musk setuju bayar AS$10 juta lunaskan tuntutan mahkamah Trump

X merupakan platform media sosial kedua yang mencapai penyelesaian dengan Encik Trump berhubung penggantungan akaunnya menyusuli rusuhan di Bangunan Capitol pada 2021. (Gambar: Kirill Kudryavtsev/AFP)

Diterbitkan : 13 Feb 2025 09:42AM Dikemas Kini : 13 Feb 2025 09:43AM
WASHINGTON: Platform media sosial X milik Elon Musk bersetuju untuk membayar sekitar AS$10 juta untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah yang dikemukakan oleh Presiden Donald Trump terhadap syarikat itu dan mantan ketua eksekutifnya, lapor Wall Street Journal (WSJ) pada Rabu (12 Feb).

Itu menjadikan X platform media sosial kedua untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah dengan Encik Trump berhubung penggantungan akaunnya menyusuli rusuhan di Bangunan Capitol oleh para penyokongnya pada Januari 2021.

Bulan lalu, Meta Platforms bersetuju untuk membayar kira-kira AS$25 juta untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah yang dikemukakan oleh Encik Trump.

Encik Trump memfailkan saman terhadap Twitter, yang kini dikenali sebagai X, Facebook dan Alphabet, serta ketua eksekutif masing-masing pada Julai 2021, dengan mendakwa tindakan mereka menyalahi undang-undang.

Pasukan Encik Trump juga mempertimbangkan untuk menggugurkan tuntutan mahkamah terhadap X, memandangkan Encik Trump mempunyai hubungan rapat dengan Encik Musk, yang telah menyumbang AS$250 juta kepada kempen pilihan raya Encik Trump, lapor WSJ, menukil mereka yang mengetahui perkara itu.

Encik Musk, yang menerajui Tesla, juga mengetuai Jabatan Kecekapan Pemerintah, cabang baharu Rumah Putih yang ditugaskan untuk membanteras birokrasi persekutuan secara mendadak.

Peguam Encik Trump juga dijangka akan meneruskan penyelesaian dengan Google, yang melarang Encik Trump daripada YouTube menyusuli rusuhan di Bangunan Capitol pada 2021, lapor WSJ.

X dan Ketua Pegawai Eksekutifnya pada masa penggantungan Encik Trump, Jack Dorsey, serta Alphabet dan Rumah Putih tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita