Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Platform X bincang kumpulan dana $44 bilion: Bloomberg News

Syarikat media sosial milik Elon Musk sedang berbincang untuk mengumpul dana daripada pelabur pada taksiran $44 bilion (S$59 bilion), lapor Bloomberg News pada Rabu (19 Feb), memetik sumber-sumber yang mengetahui perkara tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Platform X bincang kumpulan dana $44 bilion: Bloomberg News

Perbincangan bagi pengumpulan dana masih dijalankan dan butiran mengenainya mungkin berubah. (Gambar: AFP/Kirill Kudryavtsev)

AMERIKA: Syarikat media sosial milik Elon Musk sedang berbincang untuk mengumpul dana daripada pelabur pada taksiran $44 bilion (S$59 bilion), lapor Bloomberg News pada Rabu (19 Feb), memetik sumber-sumber yang mengetahui perkara tersebut.

X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, dibeli Musk pada harga yang sama pada 2022.

Perbincangan bagi pusingan baharu pembiayaan itu masih diteruskan dan butiran mengenainya mungkin berubah, menurut laporan tersebut. Ia juga menambah bahawa syarikat X juga mungkin membatalkan perbincangan itu.

X tidak menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan komen dengan segera.

Bulan lalu, Reuters melaporkan Morgan Stanley, Bank of America dan Barclays sedang bersiap sedia untuk menjual sehingga $3 bilion (S$4 bilion) pegangan hutang dalam X.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan