Platform panduan digital dalam 7 bahasa perkaya pengalaman jemaah di Makkah
Platform digital 'Worshipper's Guide' atau Panduan Jemaah dilancarkan oleh Penguasa Am bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi memperkasakan pengalaman jemaah serta memperkayakan perjalanan kerohanian mereka.
Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Platform digital 'Worshipper's Guide' atau Panduan Jemaah dilancarkan oleh Penguasa Am bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi memperkasakan pengalaman jemaah serta memperkayakan perjalanan kerohanian mereka.
Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa untuk memajukan perkhidmatan digital untuk pelawat-pelawat dua Masjid Suci itu.
Platform itu merupakan perkhidmatan interaktif bersepadu yang menyediakan akses pantas kepada kandungan panduan dan kesedaran melalui kod respons pantas (QR).
Ia tersedia dalam tujuh bahasa antarabangsa iaitu bahasa Arab, Inggeris, Indonesia, Melayu, Perancis, Turki, dan Urdu, bagi memenuhi kepelbagaian budaya serta linguistik pelawat di kedua-dua Masjid Suci itu.
Perkhidmatan berkenaan memuatkan kandungan al-Quran, doa, panduan ibadat, fadhilat amalan, khutbah Jumaat, serta waktu solat, semuanya dalam ekosistem digital yang direka untuk memudahkan akses yang selamat kepada kandungan agama yang sahih.
Pihak berkuasa terus komited membangunkan pelbagai inisiatif digital bijak bagi menyokong misi kedua-dua Masjid Suci dengan meningkatkan pengalaman jemaah melalui huraian teknologi yang inovatif, serta menyampaikan kandungan agama yang boleh dipercayai dalam pelbagai bahasa sepanjang masa.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.