Skip to main content

Dunia

Platform media sosial X tawar panggilan video, audio

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Paltform media sosial X akan mula menawarkan panggilan video dan audio, umum pemiliknya Elon Musk pada Khamis (31 Ogos).

Ia adalah langkah ke hadapan untuk menjadikan aplikasi yang pernah dipanggil Twitter itu, menjadi satu "aplikasi yang mempunyai segala-galanya."

"Panggilan video & audio akan tiba di X," tulis Encik Musk dalam catatan di platform itu, tanpa menjelaskan bila ciri baharu itu akan disediakan.

Ciri panggilan itu akan disediakan di sistem iOS, Android, Mac dan PC, dan nombor telefon tidak diperlukan, tambahnya.

Bulan lalu, Encik Musk dan ketua eksekutif baharunya Linda Yaccarino mengumumkan nama baharu buat Twitter, iaitu X.

Mereka berkata ia akan menjadi "aplikasi yang mempunyai segala-galanya", diilhamkan oleh aplikasi WeChat dari China, yang membenarkan pengguna untuk berinteraksi serta mengendalikan wang mereka.

Cawangan pembayaran X, Twitter payments LLC, diberikan lesen pemancaran mata wang "penting" oleh Rhode Island, Amerika Syarikat pada Isnin (28 Ogos).

Ia membenarkannya untuk "melibatkan dirinya dalam kegiatan berkaitan mata wang kripto" seperti pertukaran, dompet dan pemproses pembayaran, lapor laman kripto CoinWire minggu ini.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita