Plak lambang 'peralihan Thailand ke sistem demokrasi' ditanggalkan pihak tidak dikenali
Sebuah plak yang dipasang para penunjuk perasaan Thailand di ibu kota Bangkok sudah ditanggalkan oleh pihak yang tidak dikenali.
(Gambar: REUTERS/Athit Perawongmetha)
BANGKOK: Sebuah plak yang dipasang para penunjuk perasaan Thailand di ibu kota Bangkok sudah ditanggalkan oleh pihak yang tidak dikenali.
Plak itu dipasang pada Ahad (20 Sep) di Dataran Sanam Luang dekat Istana Besar.
Ia melambangkan peralihan negara itu kepada sistem demokrasi.
Pada plak itu ditulis bahawa Thailand milik rakyat bukan rajanya.
Bagaimanapun sekumpulan wartawan yang datang ke situ pagi tadi (21 Sep)mendapati plak itu sudah tiada.
Polis menyatakan tidak tahu siapa yang menanggalkannya dan bagaimana ia dilakukan.
Namun siasatan akan dilakukan kerana plak itu merupakan barang bukti untuk mendakwa para penunjuk perasaan.
Pada hujung minggu lalu puluhan ribu orang mengadakan tunjuk perasaan di dataran ini mendesak dilakukan pembaharuan terhadap sistem beraja Thailand.
Pihak berkuasa hanya membenarkan tunjuk perasaan itu diadakan di Universiti Thammasat, bukan di dataran ini yang sering menjadi tempat bagi acara-acara di-raja.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.