PKR umum 72 calon bakal tandingi PRU15
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan 72 calon parti itu yang akan bertanding bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Jumaat (28 Okt).
Pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail diumumkan bertanding di Bandar Tun Razak manakala anak kedua mantan Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz, akan bertanding di Pasir Salak.
Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, disahkan bertanding di Gombak, yang dipegang oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali.
Mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dikekalkan di Simpang Renggam, sementara Cik Nurul Izzah Anwar akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Dalam pada itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan proses pemilihan calon yang akan bertanding untuk parti itu pada (PRU15) sebagai satu tugas sukar kerana terpaksa menggugurkan beberapa ‘pejuang’ lama yang telah berkhidmat kepada rakyat.
Beliau berkata keputusan menggugurkan mereka terpaksa dibuat kerana mahukan peralihan kuasa dalam kalangan individu yang menjadi calon parti.
“Menggugurkan beberapa Ahli Parlimen yang telah menjadi sahabat lama dan menggantikan mereka dengan muka baru tidak mudah kerana kita belum tahu bagaimana (pencapaian) mereka yang baru.
“Tetapi kita berpendapat mesti ada peralihan kuasa dalam parti, tidak boleh orang yang sama kekal. Jadi saya harap rakan-rakan yang tidak mendapat tempat (menjadi calon) agar tidak berasa hati, ingat sumpah keramat bahawa perjuangan dalam parti bukan semata untuk menjadi calon sebaliknya berjuang untuk membela nasib rakyat,” katanya.
Encik Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), berkata demikian pada Malam Pengumuman Calon PKR di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Taman Kosas, Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Sementara itu, Timbalan Presiden Rafizi Ramli berkata PKR merupakan parti yang pertama memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding pada pilihan raya tersebut pada 19 Nov ini.
Beliau berkata PKR sudah memuktamadkan senarai seminggu lebih awal bagi memberi ruang kepada calon untuk berkempen.
"Ini supaya calon yang dipertaruhkan oleh PKR dalam pilihan raya kali ini mempunyai lebih masa untuk mendekati rakyat dan memahami keluhan serta kesusahan yang dihadapi oleh mereka," katanya yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya parti itu.
Dalam pada itu, Encik Rafizi menyifatkan kerusi Parlimen Tambun yang ditandingi Encik Anwar bukan kerusi mudah untuk dimenangi namun beliau sanggup mengambil risiko untuk memastikan gelombang kemenangan PH pada PRU15.

Sumber : Agensi berita//Bernama/ZM/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.