Skip to main content

Dunia

PKR tidak berpuak-puak - Anwar Ibrahim

Tiada berlaku perpecahan ataupun wujud dua kem dalam parti Keadilan Rakyat (PKR), tegas Presiden parti itu Encik Anwar Ibrahim.

Anggaran Waktu Membaca:
PKR tidak berpuak-puak - Anwar Ibrahim

Gambar fail Anuwar Ibrahim. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 24 Aug 2019 09:15PM Dikemas Kini : 24 Aug 2019 09:38PM

KUALA TERENGGANU: Tiada berlaku perpecahan ataupun wujud dua kem dalam parti Keadilan Rakyat (PKR), tegas Presiden parti itu Encik Anwar Ibrahim.

Encik Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai ketidakhadiran timbalan presiden parti Encik Mohamed Azmin di beberapa mesyuarat barisan kepimpinan PKR sebelum ini.

Mengulas lanjut akan hal itu beliau berkata Encik Azmin sudahpun mengemukakan sebab atas kebanyakan ketidakhadirannya itu dan oleh itu parti tidak perlu ambil apa-apa tindakan terhadapnya.

“Ada peraturan kalau tidak hadir tiga kali berturut-turut tanpa sebab, (akan) gugur jawatan.

Kadang-kadang orang ini dia cuba bagi sebab jadi lembaga disiplin parti akan meneliti sebab itu betul atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Dialog Bersama Komuniti dan Pertubuhan Bukan Kerajaan, di sini, hari ini (24 Ogos).

Encik Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, menambah kini apa yang lebih penting adalah program parti berjalan seperti biasa dan pemimpin serta anggota parti terus setia dan memperjuangkan idealisme perjuangan parti. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita