Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PKR terima lebih 70,000 permohonan ahli baru sejak Nov 2021

Anggaran Waktu Membaca:
PKR terima lebih 70,000 permohonan ahli baru sejak Nov 2021

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution (Gambar fail: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima sejumlah 78,093 permohonan untuk menjadi anggota baru parti tersebut sejak 24 November tahun lalu sehingga 31 Januari tahun ini.

Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail berkata anggota yang sudah berdaftar sehingga 31 Januari akan dibentangkan kepada cabang parti untuk proses semakan dan bantahan sebelum senarai berkenaan dimasukkan ke dalam Daftar Anggota Induk Parti.

Beliau berkata proses itu dibuka bermula 3 hingga 9 Februari dan jika terdapat bantahan, maka boleh mengemukakan bantahan kepada Pejabat Setiausaha Agung sebelum atau pada 9 Februari.

“Kesemua bantahan yang dikemukakan mengikut tempoh yang ditetapkan akan diproses dan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat.

“Keputusan Majlis Pimpinan Pusat ke atas setiap bantahan yang diterima adalah muktamad. Ibu pejabat akan mengeluarkan Daftar Anggota Induk yang lengkap seawal 18 Februari dan menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti bagi melengkapkan Daftar Pemilih untuk kegunaan Pemilihan Parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini (1 Feb).

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan sebagai berkata bahawa setakat Ogos 2020 keanggotaan parti itu sudah mencecah 1,004,629 orang.

Sumber : Bernama/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan