Skip to main content

Dunia

PKR sedia hadapi PRU-15 seawal Oktober, kata Anwar Ibrahim

Anggaran Waktu Membaca:
PKR sedia hadapi PRU-15 seawal Oktober, kata Anwar Ibrahim

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 27 Aug 2022 09:21PM Dikemas Kini : 27 Aug 2022 09:23PM
SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia seawal Oktober ini dengan gerak kerja yang dijangka selesai akhir September depan.

Presidennya Anwar Ibrahim berkata PKR di bawah Pengarah Pilihan Raya Rafizi Ramli dilihat strateginya jauh berbeza dan yang akan dijelaskan kepada ahli parti itu dalam masa terdekat. 

“Kami akui beberapa kelemahan susulan kekalahan Pilihan Raya Negeri di Melaka dan Johor. (Oleh itu) kami merangka strategi  dan melihat suasana sekarang berbeza. Kami akui sebahagian besarnya terpalit dengan 22 bulan pemerintahan kerajaan PH yang ada kelemahan dan sumbangannya,” kata beliau.

Bercakap pada sidang media sempena Konvensyen Pilihan Raya Keadilan 2022 di sini pada Sabtu (27 Ogos), Encik Anwar berkata parti itu akan bersama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU15 di bawah satu logo dengan beberapa penyesuaian. 
Sumber : Bernama/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita