Skip to main content

Dunia

PKR sedia bekerjasama jika Muda kongsi manifesto sama, kata Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
PKR sedia bekerjasama jika Muda kongsi manifesto sama, kata Anwar

Anwar Ibrahim. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim berkata parti itu masih bersedia bekerjasama dengan Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) pada pilihan raya negeri (PRN) Johor jika parti berasaskan belia itu menggunakan manifesto yang sama.

“Jika Muda berkongsi semangat dan manifesto yang sama seperti Pakatan Harapan (PH) dan menyelesaikan isu rundingan yang berlaku, saya tidak fikir kita akan menghadapi masalah untuk bekerjasama bagi memastikan calon mereka akan menang."

“Jadi, kita tunggu maklum balas mereka, dan Insya-Allah ia akan menjadi positif,” katanya malam tadi semasa pelancaran jentera pilihan raya PKR bagi PRN Johor.

Sebelum ini, Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh berkata beberapa sesi rundingan dengan Muda tidak berjaya, lapor MalaysiaKini.

Muda kemudian menuduh PKR "menamatkan" rundingan pakatan pilihan raya dengan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya dewan undangan Johor yang akan datang.

Selepas mengumumkan kumpulan terakhir calon mereka pada hari Sabtu (19 Feb), Anwar menyatakan bahawa PKR sudah berunding dengan Muda tetapi berkata parti itu tidak boleh menunggu lagi dan terpaksa meneruskan pengumuman calon.

Menurut rencara MalaysiaKini, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kepimpinan partinya akan bersidang untuk menentukan jalan ke hadapan, sambil menambah bahawa jika pertembungan antara PKR dan Muda tidak dapat dielakkan, Muda akan menyerahkan keputusan itu kepada pengundi.

Pada masa ini, PKR tidak bercadang untuk bertanding di enam kerusi yang ditawarkan Amanah dan DAP kepada Muda, tetapi pemimpin tempatan sudah memberi amaran mereka mungkin akan bertindak balas jika Muda cuba bertanding di kerusi PKR.

Semasa pilihan raya umum 2018, PKR memenangi lima kerusi DUN di Johor. Muda akan membuat penampilan sulungnya pada PRN di Johor, lapor MalaysiaKini.

Pengundi Johor akan keluar mengundi pada 12 Mac. Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita