PKR perlu giat lebih aktif, strategik jelang PRU16
Anggaran Waktu Membaca:
Nurul Izzah Anwar berkempen untuk pemiliahan PKR yang bakal diadakan pada Jumaat, 23 Mei 2025. (Gambar: BERNAMA)
SELANGOR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berkata parti itu perlu bergerak lebih aktif dan strategik untuk bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16.
Ini khususnya dalam usaha memperkukuh sokongan dalam kalangan pengundi luar bandar.
Cik Nurul Izzah berkata antara tumpuan utama parti itu bagi tempoh dua tahun akan datang ialah mengadakan semula rundingan dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH).
Rundingan tersebut berkaitan pembahagian kerusi bagi memastikan persiapan lebih mantap.
Mengulas lanjut, Cik Nurul Izzah menegaskan komitmen PKR untuk memperkukuh budaya kerja berasaskan data termasuk memperluas penggunaan kajian dan penyelidikan sebagai asas kepada strategi parti.
Sementara itu, pemilihan PKR menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi jawatan Timbalan Presiden antara Nurul Izzah dan Rafizi Ramli, manakala presiden parti Anwar Ibrahim kekal tanpa pencabar.
Kongres Nasional PKR dijadual berlangsung dari 22 hingga 24 Mei di Johor Bahru, dengan pemilihan pimpinan pusat diadakan pada Jumaat depan (23 Mei).

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.