PKR optimis menang 4 kerusi DUN, pertahan 2 kerusi Parlimen di Pahang
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUANTAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) optimis dapat membuat kejutan dengan memenangi sekurang-kurangnya empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang selain mengekalkan keputusan pilihan raya lalu di dua kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang Amirudin Shari berkata dua kerusi DUN yang dapat dipertahankan ialah Semambu dan Teruntum manakala kerusi Parlimen ialah Kuantan dan Indera Mahkota.
"Kawasan DUN lain yang berpotensi untuk dimenangi antaranya Benta, Inderapura, Bukit Ibam, Sungai Lembing dan Cheka. Peluang kita adalah lebih baik jika lebih ramai pulang mengundi khususnya mereka dari ibu kota dan Selangor."
"Ini kerana di situ adalah penempatan anak muda dan mereka boleh mempengaruhi ibu bapa jika pulang ke kampung," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Ceramah Harapan Pengerusi MPN Pahang pada Selasa (15 Nov).
PKR menang kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum 2018 menerusi calonnya, Saifuddin Abdullah, namun beliau menyertai Bersatu dua tahun kemudian.
Mengulas lanjut, Encik Amirudin berkata sasaran yang ditetapkan PKR tidak mustahil untuk dicapai, mengambil kira parti itu pernah membuat kejutan apabila menang di DUN Chini pada Pilihan Raya Umum 1999 walaupun dengan hanya majoriti lima undi.
Mengulas peluang PKR di DUN Cheka, yang menyaksikan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), Encik Amirudin berkata Profesor Madya Dr Rasid Muhamad daripada PKR yang mewakili Pakatan Harapan merupakan calon yang mampu memberikan saingan sengit.
Di PRU15, PKR meletakkan calon di enam kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN di Pahang.
Pahang mempunyai 14 kerusi Parlimen dan 42 kawasan DUN.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.