Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PKR Kelantan akan tanding 7 kerusi DUN pada PRN

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA BHARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada 12 Ogos depan.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain berkata tujuh kerusi berkenaan adalah DUN Panchor, Chetok, Mengkebang, Pasir Pekan, Kota Lama, Pasir Tumboh dan Limbongan.

"PKR Kelantan telah diarahkan untuk membuka Bilik Gerakan Utama (BGU) di ketujuh-tujuh DUN yang akan kita tandingi itu," katanya kepada para wartawan selepas Majlis Pelancaran Jentera dan BGU DUN Panchor, pada malam Jumaat (7 Jul).

Encik Syed Mohd Alidustur yang juga Ketua Cabang PKR Pengkalan Chepa berkata pihaknya akan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon-calon dari parti komponen Kerajaan Perpaduan meskipun di kawasan DUN yang tiada calon PKR bertanding.

Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO Kelantan Zawawi Othman berkata BN akan bertanding di 31 kerusi DUN, manakala 14 kerusi diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) yang merangkumi PKR dan Amanah.

PRN di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu akan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan