Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PKPP di seluruh M'sia dilanjutkan hingga 31 Mac

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh Malaysia dilanjutkan lagi mulai hari ini (1 Jan) hingga 31 Mac depan.

Anggaran Waktu Membaca:
PKPP di seluruh M'sia dilanjutkan hingga 31 Mac

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 01 Jan 2021 05:36PM Dikemas Kini : 01 Jan 2021 05:37PM

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh Malaysia dilanjutkan lagi mulai hari ini (1 Jan) hingga 31 Mac depan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendapati peningkatan ketara kes COVID-19 masih berlaku di seluruh negara dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

“Perintah ini telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan. Peningkatan kes disumbangkan oleh pelaksanaan saringan wajib terhadap pekerja asing yang dijalankan secara besar-besaran dan juga akibat berlakunya penularan jangkitan dalam komuniti yang dikesan, terutamanya di Lembah Klang dan beberapa negeri,” katanya.

PKPP yang dilaksanakan kerajaan sejak 10 Jun lalu dijadualkan tamat semalam.

Menurut Encik Ismail Sabri, segala prosedur operasi standard (SOP) di bawah PKPP adalah terpakai bagi tempoh kuat kuasa yang diwartakan dan tertakluk kepada perubahan yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan