PKPB akan dilaksana di barat daya Pulau Pinang Jumaat ini
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Mukim 12 Barat Daya, Pulau Pinang berkuat kuasa Jumaat ini hingga 18 Nov.

(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Mukim 12 Barat Daya, Pulau Pinang berkuat kuasa Jumaat ini hingga 18 Nov.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Encik Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan saringan secara bersasar di kawasan itu.
“Sehingga 3 Nov, terdapat 35 kes yang positif COVID-19 termasuk 11 kes baru direkodkan di mukim ini. Selepas mendapat nasihat KKM menyusuli peningkatan kes di mukim itu, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan PKPB di kawasan berkenaan.
"Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi PKPB masih sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya di sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini (4 Nov).
Sementara itu, Encik Ismail Sabri berkata Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni, Sandakan yang bermula sejak 23 Okt, akan tamat esok (5 Nov), seperti yang dijadualkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.