Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PKP 3.0: Lebih ramai kerja dari rumah, waktu operasi perniagaan dihad

Sekatan tambahan bagi mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dibuat melalui dua strategi iaitu arahan bekerja dari rumah (BDR) serta mengehadkan waktu operasi perniagaan berkuat kuasa 25 Mei bagi seluruh Semenanjung dan Labuan.

Anggaran Waktu Membaca:
PKP 3.0: Lebih ramai kerja dari rumah, waktu operasi perniagaan dihad

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 22 May 2021 06:41PM Dikemas Kini : 22 May 2021 06:43PM

PUTRAJAYA: Sekatan tambahan bagi mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dibuat melalui dua strategi iaitu arahan bekerja dari rumah (BDR) serta mengehadkan waktu operasi perniagaan berkuat kuasa 25 Mei bagi seluruh Semenanjung dan Labuan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata ia bertujuan mengurangkan pergerakan orang ramai sekali gus mengelak penularan lebih serius COVID-19.

Beliau berkata arahan BDR itu meliputi 80 peratus kakitangan awam iaitu melibatkan kira-kira 750,000 pekerja dan 40 peratus di sektor swasta melibatkan lebih enam juta pekerja.

“Pengangkutan awam seperti LRT dan bas juga dihadkan dengan hanya 50 peratus kapasiti penumpang sahaja dan kekerapan juga akan dikurangkan,” katanya dalam sidang media tentang perkembangan PKP hari ini (22 Mei).

Beliau berkata waktu operasi perniagaan antaranya bagi pusat beli-belah, kedai serbaneka, gerai, dobi dan stesen minyak (kecuali di lebuh raya) pula dihadkan dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja berbanding 6.00 pagi hingga 10.00 malam sebelum ini.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan