Skip to main content

Dunia

Piza dibakar dalam ketuhar bata punya rasa lebih unik

Anggaran Waktu Membaca:
Piza dibakar dalam ketuhar bata punya rasa lebih unik

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 28 Feb 2023 10:14PM
SHAH ALAM: Teknik pengusaha Khirwan's Pizza Parlor yang membakar piza menggunakan ketuhar bata memberikan rasa dan pengalaman unik kepada para pelanggan.

Walaupun hanya dijual di gerai di tepi jalan sekitar Bukit Jelutong di Shah Alam, mutu pizanya adalah setanding dengan piza yang dijual di hotel lima bintang namun pada harga yang mampu dibeli rakyat jelata.

Pemiliknya Khirwan Mustaqim Khir Anuar, 29 tahun, berkata idea menggunakan ketuhar bata muncul ketika bekerja di sebuah restoran mewah.

Sejak itu, dia mula belajar teknik membakar piza menggunakan ketuhar tersebut di beberapa restoran lain.

Bagi memulakan perniagaan dua tahun lepas, Khirwan membeli ketuhar bata buatan tempatan dengan harga RM8,500 (S$2,571) dan membawanya ke tapak niaga menggunakan trak makanan.

Menurutnya, proses membakar piza menggunakan ketuhar bata itu lebih menarik.

Ia juga memerlukan tempoh yang lebih singkat iaitu hanya sehingga dua minit untuk dimasak berbanding jika dibakar menggunakan ketuhar konvensional.

Beliau yang berpengalaman bekerja sebagai cef di hotel dan restoran selama enam tahun berkata, teknik itu juga dapat memastikan kandungan air dalam adunan piza tidak begitu kering dan menjadikannya tidak liat dan kekal lembut.
Sumber : Bernama/AE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita