Pita sedia beri laluan kepada sekutunya bentuk kerajaan
Anggaran Waktu Membaca:
Pita Limjaroenrat. (Gambar: AP)
BANGKOK: Calon Perdana Menteri Thailand, Pita Limjaroenrat berkata beliau bersedia mengundurkan diri dan membenarkan rakan sekutunya, iaitu Parti Pheu Thai, membentuk kerajaan seterusnya jika beliau sekali lagi gagal mendapat sokongan yang mencukupi dalam undian pusingan kedua minggu depan.
Menerusi satu video media sosial pada Sabtu (15 Jul), Encik Pita berkata beliau akan memperbaharui pencalonannya apabila Parlimen bersidang semula pada Rabu (19 Jul) untuk undian kedua.
Beliau berkata Parti Move Forward (MFP) yang memperoleh kebanyakan kerusi dalam Pilihan Raya Umum pada 14 Mei mempunyai tanggungjawab untuk membentuk kerajaan, tetapi usaha berkenaaan tidak berjaya.
“Saya akan berjuang sehingga akhir tetapi jika jelas MFP gagal, saya akan membiarkan Parti Pheu Thai yang mempunyai kerusi kedua terbanyak untuk membentuk kerajaan,” ulas beliau.
Dalam sidang kedua pada Rabu depan (19 Jul), MFP juga sedang berusaha meluluskan rang undang-undang untuk menggugurkan kuasa Senat dalam pengundian jawatan perdana menteri.
Sementara itu, Pita menggesa penyokong parti untuk membantu "meyakinkan" ahli-ahli Senat supaya menyokongnya dalam pusingan akan datang.
“Saya tidak dapat mengubah fikiran mereka (ahli-ahli Senat). Saya meminta semua orang menyertai misi ini,” katanya.
Pada Khamis (13 Jul), Encik Pita gagal memperoleh sokongan lebih separuh daripada 749 Ahli Parlimen.
Walaupun menjadi calon tunggal untuk jawatan itu, Encik Pita berdepan ujian getir mendapatkan 375 undi yang diperlukan. Beliau sebaliknya hanya mendapat 324 undi manakala 199 berkecuali.
Seramai 44 Ahli Parlimen tidak hadir pada persidangan itu.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.