Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pisau ditemui di meja tulis Putera Hisahito

Dua bilah pisau ditemukan di meja tulis milik Putera Hisahito, cucu Maharaja Jepun Akihito, dalam kelasnya. Menurut laporan media hari ini (27 Apr), rakaman keselamatan litar tertutup menunjukkan seorang lelaki mencurigakan menceroboh kawasan sekolah terbabit.

Anggaran Waktu Membaca:
Pisau ditemui di meja tulis Putera Hisahito

Putera Hisahito (tengah) bergambar dengan ibu bapanya pada 8 Apr 2019 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Apr 2019 11:09PM Dikemas Kini : 27 Apr 2019 11:13PM

TOKYO: Dua bilah pisau ditemukan di meja tulis milik Putera Hisahito, cucu Maharaja Jepun Akihito, dalam kelasnya.

Menurut laporan media hari ini (27 Apr), rakaman keselamatan litar tertutup menunjukkan seorang lelaki mencurigakan menceroboh kawasan sekolah terbabit.

Kejadian itu dilaporkan ketika pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan menjelang tarikh Maharaja Akihito turun takhta pada 30 April.

Maharaja Akihito akan digantikan oleh anak sulungnya, Putera Mahkota Naruhito, 59 tahun.

Putera Naruhito hanya mempunyai seorang anak perempuan dan oleh kerana hanya lelaki yang boleh mewarisi takhta,akan melepaskan takhta seterusnya kepada adik beliau, Putera Akishino dan kemudian kepada anak saudaranya Putera Hisahito.

Putera Hisahito, 12 tahun, yang mula menghadiri sekolah berkenaan bulan ini, tidak berada dalam kelas ketika pisau itu dijumpai.

Tiada laporan kecederaan atau kerosakan di sekolah tersebut selain polis tidak menjumpai sebarang nota berbentuk ancaman.

Polis kini dalam usaha mencari suspek yang berusia kira-kira setengah abad dan berpakaian seperti pekerja binaan.  

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan