Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pintu trak terbuka, pemandu berebut kutip duit bertaburan di lebuh raya

Keadaan di sebatang lebuh raya di California menjadi huru hara pada Jumaat ( 19 Nov) apabila sejumlah besar wang tunai yang dibawa sebuah trak berperisai dilaporkan terjatuh ke atas jalan berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pintu trak terbuka, pemandu berebut kutip duit bertaburan di lebuh raya

Petikan dari video.

Diterbitkan : 20 Nov 2021 05:24PM Dikemas Kini : 20 Nov 2021 05:32PM

LOS ANGELES: Keadaan di sebatang lebuh raya di California menjadi huru hara pada Jumaat (19 Nov) apabila sejumlah besar wang tunai yang dibawa sebuah trak berperisai dilaporkan terjatuh ke atas jalan berkenaan.

Kejadian "durian runtuh" itu berlaku apabila pintu trak itu terbuka, sekali gus menyaksikan ramai pemandu kenderaan lain berhenti untuk mengutip wang kertas yang bertaburan.

Malah, rakaman video tular dalam media sosial menunjukkan ada yang melambung wang kertas yang dikutip itu ke udara dengan penuh teruja.

Namun, kegembiraan tidak disangka-sangka itu tidak berpanjangan selepas polis memberi amaran akan mengesan mereka yang mengambilnya.

"Ada banyak bukti daripada rakaman video yang menunjukkan orang mengambil wang bertaburan atas lebuh raya itu," kata Sarjan Curtis Martin daripada pasukan Peronda Lebuh Raya California, pada sidang media.

Wang berjumlah ribuan dolar itu, jelasnya adalah milik sebuah bank, justeru mereka yang mengambil mesti mengembalikannya ke balai polis.

Tegas beliau, polis akan menggunakan bukti rakaman video untuk memburu sesiapa yang tidak memulangkan wang berkenaan dengan segera.

"Maka itu, lebih baik untuk bersikap jujur daripada menunggu hingga kami mengesan mereka nanti," katanya.

Malah, polis telah menahan seorang lelaki dan wanita yang turut mengambil kesempatan mengutip wang berkenaan.

Kedua-duanya itu gagal beredar dari lokasi apabila kenderaan masing-masing terkunci pintunya secara tidak sengaja.

Sumber : AFP/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan