Skip to main content

Dunia

Pintu tandas tertanggal semasa penerbangan Cathay Pacific dari Hong Kong ke New York

Anggaran Waktu Membaca:
Pintu tandas tertanggal semasa penerbangan Cathay Pacific dari Hong Kong ke New York

(Gambar: Threads)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 18 Jul 2024 12:58PM
HONG KONG: Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific Airways, melancarkan siasatan selepas pintu tandas tertanggal semasa dalam penerbangan ke New York pada petang Isnin (15 Jul).

Gambar yang tular online menunjukkan seorang pramugari di tempat duduk kru kabin memegang pintu yang tertanggal itu.

Kapsyen yang mengiringi gambar itu menyatakan bahawa pintu tandas tertanggal tiga minit selepas pesawat berlepas.

"Kerosakan itu telah dibaiki dan pasukan kejuruteraan kami sedang menjalankan siasatan susulan," kata Cathay Pacific dalam satu kenyataan kepada South China Morning Post.

"Keselamatan pelanggan dan anak kapal kami memacu setiap keputusan yang kami buat. Kami memohon maaf kepada para pelanggan kami atas kesulitan yang berlaku."

Penumpang dalam penerbangan CX840 tidak terkena pintu tandas yang tertanggal itu kerana mereka memakai tali pinggang keledar semasa berlepas, menurut pakar kejuruteraan.

"Saya percaya kejadian itu disebabkan oleh skru longgar, yang syarikat penerbangan itu mengabaikan tindakan untuk memeriksanya," kata Lo Kok-keung, seorang jurutera veteran yang sudah bersara dari Polytechnic University.

"Mujur ia berlaku semasa pesawat berlepas apabila penumpang semua duduk dan tiada sesiapa berada dekat dengan pintu yang tertanggal itu."
Sumber : South China Morning Post/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita