Pintu sempadan Rafah dibuka semula selepas berminggu tutup
Pintu sempadan Rafah, laluan yang menghubungkan Carikan Gaza dengan Mesir, dibuka semula pada Khamis (19 Mac), menurut sumber keselamatan rasmi.
Pintu sempadan Rafah, laluan yang menghubungkan Carikan Gaza dengan Mesir, dibuka semula pada 19 Mac 2026, menurut sumber keselamatan rasmi. (Gambar fail: REUTERS/Ramadan Abed)
Pintu sempadan itu dibuka semula "dari kedua-dua arah", menurut sumber tersebut kepada Xinhua dengan syarat tidak dikenal pasti kerana tidak mempunyai kebenaran untuk bercakap kepada media.
Saluran televisyen Al-Qahera News Mesir menyiarkan rakaman yang menunjukkan sebilangan kecil rakyat Palestin sedang bersiap sedia untuk menyeberang masuk dari Mesir ke Gaza.
Sumber itu menambah bahawa lapan rakyat Palestin yang menerima rawatan perubatan di Mesir, bersama 17 ahli keluarga, tiba lebih awal di pintu sempadan tersebut untuk pulang ke rumah mereka di Gaza.
Beberapa ambulans juga beratur di bahagian Mesir untuk menerima rakyat Palestin yang datang dari kawasan genting berkenaan, tambahnya.
Pintu sempadan Rafah ditutup pada 28 Februari lalu berikutan serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran.
Israel mengumumkan pada Ahad (15 Mac) bahawa pintu sempadan itu akan dibuka buat sementara waktu pada Rabu untuk pemindahan individu, namun sebab pembukaan semula pintu sempadan itu dilengahkan tidak dilaporkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.