Skip to main content

Dunia

Pindaan had 10 tahun tempoh jawatan PM Malaysia tidak lulus di Dewan Rakyat

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun gagal memperoleh sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat, sekali gus tidak dapat diluluskan.
Anggaran Waktu Membaca:
Pindaan had 10 tahun tempoh jawatan PM Malaysia tidak lulus di Dewan Rakyat
Suasana dewan semasa undi berbelah bahagi pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Isnin (2 Mac). (Gambar: Bernama)
Diterbitkan : 03 Mar 2026 08:32AM Dikemas Kini : 03 Mar 2026 08:35AM
  • RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun dibentangkan di Dewan Rakyat.
  • Speaker Johari Abdul mengumumkan keputusan undian selepas perbahasan melibatkan 41 Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang.
  • Usul gagal diluluskan kerana hanya mendapat 146 undian bersetuju, kurang daripada syarat dua pertiga majoriti.
  • Pindaan ini bertujuan memastikan Perdana Menteri tidak berkhidmat lebih 10 tahun, namun tidak dapat diteruskan kerana kekurangan sokongan.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun gagal memperoleh sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat, sekali gus tidak dapat diluluskan.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, selepas undian dijalankan sejurus tamat sesi perbahasan yang melibatkan 41 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.

Menurut beliau, jumlah sokongan yang diperoleh tidak memenuhi syarat majoriti dua pertiga seperti yang ditetapkan bagi pindaan Perlembagaan Persekutuan.

“Yang tidak hadir 32, yang tidak mengundi 44, yang bersetuju 146. Oleh yang demikian, jadi keputusannya adalah kurang daripada dua pertiga majoriti yang bersetuju,” katanya ketika mengumumkan keputusan undian di Dewan Rakyat pada Isnin (2 Mac).

RUU berkenaan bertujuan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri kepada 10 tahun, sama ada secara berturut-turut atau tidak.

Pindaan tersebut memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada keseluruhan ahli Dewan Rakyat untuk diluluskan.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita