Pimpinan Global Ikhwan Service and Business Holding akui kes liwat berlaku
Anggaran Waktu Membaca:

Ketua pegawai eksekutif syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH), Nasiruddin Ali. (Gambar: GISBH/Facebook)
KUALA LUMPUR: Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) mengakui beberapa kes liwat pernah berlaku membabitkan individu dalam pertubuhan berkenaan.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasiruddin Mohd Ali, menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun media sosialnya, pada Sabtu pagi (14 Sep).
Encik Nasiruddin berkata, perkara itu pernah dibincang selain mengakui GISBH memang mempunyai kesalahan dari segi undang-undang.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bentuk kesalahan terbabit mahupun pihak yang mengadakan perbincangan bersama GISBH sebelum ini.
"Saya sangat sedih, saya orang Islam, tuan-tuan pun orang Islam. Pecah kita sesama Islam, kemudian anak-anak ditangkap sebagainya.
"Saya bukan mahu menyebelahkan undang-undang, memang kami ada salah dari segi undang-undang tetapi tak boleh nasihat ke?
"Ini tangkap lebih 400 (kanak-kanak dan remaja (mendiami rumah amal dikaitkan dengan GISBH), mereka tak tahu cerita. Kemudian dituduh liwat dan sebagainya.
"Memang liwat itu ada satu, dua (kes), tetapi kenapa mahu dirangkumkan semuanya?" katanya, dipetik daripada agensi berita BH Online.
Menurut laporan BH Online pada Jumaat, kanak-kanak di rumah amal dikaitkan dengan GISBH diasingkan daripada ibu bapa mereka sejak usia dua tahun.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, dilapor berkata, risikan mendapati keseluruhan kanak-kanak itu menjalani proses tumbesaran sepenuhnya dalam rumah amal dikaitkan dengan GISBH.
Selain itu, 13 kanak-kanak yang menjadi penghuni rumah perlindungan yang diserbu PDRM, disyaki diliwat.
Dalam operasi yang dijalankan antara jam 6.00 hingga 11.00 pagi kelmarin, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.
Sementara itu, Encik Nasiruddin menafikan dakwaan GISBH menanamkan doktrin mengenai ajaran Islam yang menyeleweng terhadap kanak-kanak dan remaja yang mendiami rumah amal dikaitkan dengan organisasi itu.
"Kenapa semudah ini? Perkara yang mudah (untuk) dirunding, kami tak menyakitkan orang lain dan sebagainya. Sedih sangatlah, cara hidup kami, ada yang kata doktrin. Doktrin ini adalah perbuatan yang mahu merosakkan kanak-kanak.
"Kami sudah buat 30 tahun dan buka (cawangan) di seluruh dunia, hampir 20 cawangan dan tiada masalah. Kami berhubung dengan duta dan tolong pihak kedutaan.
"Kami ajar budak solat, membesarkan ibadat solat berjemaah. Ini tuduh macam-macam, kenapa semudah itu dikeluarkan dalam media massa yang dilihat (masyarakat) pelbagai peringkat," katanya, menurut BH Online.
Beliau berkata, GISBH akan melantik peguam bagi memulakan tindakan undang-undang ke atas pihak yang didakwa melemparkan tohmahan terhadap organisasi itu.
"Barangan yang kita hasilkan halal dan dapat pensijilan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), sudah diimport ke Arab Saudi selain banyak kedai sudah ambil (untuk diniagakan), (sudah ada) pulangan balik (keuntungan)," katanya.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.