Pilihan raya umum Myanmar: Aung San Suu Kyi menang kerusi Parlimen ditandingi
Cik Aung San Suu Kyi, pengerusi Liga Demokrasi Nasional (NLD), memenangi kerusi Dewan Perwakilan (Dewan Rakyat) pada pilihan raya umum pada Ahad (8 Nov), lapor agensi berita Xinhua menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan (UEC) pada Selasa (10 Nov).
Cik Aung San Suu Kyi. (Gambar: AFP/Manan Vatsyayana)
YANGON: Cik Aung San Suu Kyi, pengerusi Liga Demokrasi Nasional (NLD), memenangi kerusi Dewan Perwakilan (Dewan Rakyat) pada pilihan raya umum pada Ahad (8 Nov), lapor agensi berita Xinhua menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan (UEC) pada Selasa (10 Nov).
Beliau selaku Penasihat Negara Myanmar, bertanding di kawasan Kawmhu Yangon, berdepan pencabar daripada beberapa parti iaitu Union Solidarity and Development (USDP), Union Betterment, United Nationalities League for Democracy, Phalon-Sawaw Democratic dan seorang calon bebas.
Seramai 5,639 calon termasuk 1,106 daripada NLD dan 1,089 wakil USDP bersaing merebut 1,117 kerusi parlimen pada pilihan raya kali ini.
Sehingga Selasa pagi, 47 perwakilan sudah dipilih untuk kerusi parlimen menyaksikan NLD memperoleh 44 kerusi parlimen manakala USDP memenangi tiga kerusi.
Cik Suu Kyi sebelum ini pernah bertanding untuk kerusi Dewan Rakyat di kawasan kota Kawmhu pada pilihan raya 2012 dan 2015.
Parti NLD menang dengan majoriti besar pada pilihan raya umum 8 November 2015 dan memerintah sejak 2016.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.