Pilihan raya tidak akan jejas sambutan Deepavali, kata Timbalan Presiden MIC
Anggaran Waktu Membaca:
Timbalan Presiden Kongres Islam Se-Malaysia (MIC) M.Saravanan (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Kongres India Se-Malaysia (MIC) M.Saravanan menyifatkan dakwaan sesetengah pihak kononnya sambutan perayaan Deepavali pada 24 Oktober, akan terganggu kerana ia disambut menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai ‘sandiwara politik’ pembangkang.
Katanya, dakwaan cuma berniat memainkan sentimen masyarakat India, kerana terdapat masa yang mencukupi untuk menyambut perayaan itu memandangkan mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pengurusan pilihan raya, cuma akan diadakan pada 20 Oktober.
“Kalau 20 Oktober ini baru SPR bermesyuarat, kita boleh bayangkan, kemungkinan besar kita ada dua minggu atau seminggu lebih untuk pencalonan. Lepas itu, ada lagi dua minggu untuk pilihan raya. Jadi tidak ada dalam musim Deepavali.
“Mungkin PRU15 diadakan seminggu ke tiga minggu selepas Deepavali, jadi tidak perlu ungkitkan isu ini. Sekurang-kurangnya kita ada dua ke tiga minggu 'buffer'”, katanya sewaktu sidang media pada Rabu (12 Okt).
Terdahulu, pada minggu lepas media tempatan melaporkan Setiausaha Agung Pari Tindakan Demokratik (DAP) Anthony Loke Siew Fook berkata pembubaran Parlimen pada Oktober bagi memberi laluan kepada PRU15, merupakan satu tindakan yang tidak menghormati masyarakat India yang meraikan sambutan perayaan Deepavali.

Sumber : Bernama/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.