Pilihan raya Thailand: Parti Bhumjaithai namakan Anutin, Sihasak calon PM
Parti Bhumjaithai mengesahkan bahawa ia akan menamakan dua calon bagi jawatan Perdana Menteri pada pilihan raya umum (PRU) Thailand yang dijadualkan berlangsung pada Februari 2026, lapor BH Online.
Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Parti Bhumjaithai mengesahkan bahawa ia akan menamakan dua calon bagi jawatan Perdana Menteri pada pilihan raya umum (PRU) Thailand yang dijadualkan berlangsung pada Februari 2026, lapor BH Online.
Selain terajunya, Anutin Charnvirakul yang juga Perdana Menteri semasa, parti berkenaan turut menamakan Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow, sebagai calon kedua.
Menurut parti itu dalam satu kenyataan sebagaimana dilaporkan portal berita Nation Thailand, Encik Sihasak sebagai Menteri Luar berpengalaman, dilihat berupaya untuk memulihkan kedudukan Thailand di pentas antarabangsa secara bermaruah.
Menurut laporan BH Online, kenyataan tersebut turut menyatakan bahawa Encik Sihasak sudah membuktikan kemampuannya untuk bekerjasama secara berkesan dengan kedua-dua pemimpin politik dan agensi keselamatan.
Dalam pada itu, kenyataan yang sama juga menyatakan Encik Sihasak diterima secara meluas oleh masyarakat awam dan antarabangsa.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.