Skip to main content

Dunia

Pilihan Raya Thailand 2023: Nama besar, parti politik mana bentuk persaingan kali ini?

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Daripada bekas jeneral tentera, pemimpin rampasan kuasa dan keturunan ahli politik yang hidup dalam buangan, semuanya bersaing untuk menyandang jawatan tertinggi iaitu Perdana Menteri Thailand, kali ini.

Tetapi, siapakah nama-nama besar dan parti-parti politik yang membentuk persaingan Pilihan Raya Thai kali ini?

Pertama sekali, Parti Negara Thailand Bersatu (UTN) yang menjadikan Perdana Menteri sekarang, Prayut Chan-o-cha sebagai salah satu calonnnya.

PM Prayut berhasrat untuk menyandang jawatan tertinggi ini lagi, selepas meninggalkan bekas partinya, Palang Pracharath dan bertanding di bawah logo UTN.

Encik Prayuth mula memegang tampuk kuasa sebagai ketua tenteradalam rampasan kuasa 2014, dengan menggulingkan pentadbiran Pheu Thai dan menjadi Perdana Menteri di bawah perundangan baru selepas pilihan raya 2019.

Andai dipilih sekali lagi, tempoh perkhidmatan tokoh politik berusia 69 tahun ini bagaimanapun akan dihadkan kepada dua tahun sahaja berdasarkan perlembagaan baru.

Bagi parti kerajaan Palang Pracharath pula, satu-satunya calon Perdana Menterinya adalah Prawit Wongsuwan.

Juga seorang bekas jeneral tentera, Encik Wongsuwan adalah wajah yang dikenali selepas rampasan kuasa 2014.

Berusia 77 tahun, beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri Thailand dan ketua parti memerintah pro-tentera itu.

Namun, dalam beberapa tinjauan, prestasi parti Palang Pracharath tidak begitu memberasangkan selepas berlakunya pergolakan dalam kerajaan yang dicemari dengan persaingan berpuak.

Beralih kepada parti yang dianggap sebagai penentu atau 'Kingmaker' dalam pembentukan kerajaan Thai kelak.

Parti Bhumjaithai diketuai Anutin Charnvirakul yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Meskipun bertanggungjawab terhadap tindak balas COVID-19, beliau nampaknya tidak mendahului tinjauan pendapat sebelum pilihan raya.

Sungguhpun begitu, beliau terus meraih populariti atas usahanya membenarkan penggunaan ganja, sekaligus memberinya gelaran "cannabis champion".

Seterusnya, Parti Pheu Thai yang merupakan pengganti langsung Parti Thai Rak Thai pimpinan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang tidak lagi wujud.

Salah satu calonnya untuk jawatan Perdana Menteri kali ini termasuk ^Paethongtarn Shinawatra iaitu anak perempuan bongsu Encik Thaksin.

Jika parti Paetongtarn berjaya, beliau akan menjadi pemimpin wanita kedua Thailand dan juga perdana menteri paling muda di Asia.

Para pemerhati berkata ini boleh merintis jalan bagi keluarga Shinawatra kembali mengambil kuasa.

Namun, ia juga mempunyai musuh dalam pertubuhan yang kuat, sesetengahnya mempunyai pengaruh dalam institusi utama dan tentera.

Akhir sekali, pesaing terbesar kepada kerajaan sekarang, Encik Pita Limjaroenrat yang mengetuai Parti Move Forward.

Meskipun berusia hanya 42 tahun, pembangkang progresif dan partinya semakin popular dalam kalangan pengundi muda.

Di bawah kepimpinan Encik Pita, Move Forward menjadi satu-satunya parti utama yang memperjuangkan perubahan kepada undang-undang.
Sumber : CNA/IA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita