Pilihan raya separuh penggal AS berlangsung 8 Nov

(Gambar: Elijah Nouvelage/AFP)
WASHINGTON: Pilihan raya separuh penggal Amerika Syarikat berlangsung pada Selasa (8 Nov).
Kesemua 435 kerusi Dewan Perwakilan dan 35 daripada 100 kerusi Dewan Senat dipertandingkan. Di samping itu, rakyat Amerika juga perlu memilih 36 Gabenor.
Presiden Joe Biden turut turun padang untuk membantu calon-calon parti Demokrat. Namun, sokongan rakyat kepada pentadbiran beliau merosot kepada hanya 40 peratus.
Presiden Biden memberi amaran sekiranya parti Republikan menang, ia akan melemahkan asas demokrasi.
Mantan Presiden Donald Trump pula menyertai kempen calon-calon parti Republikan.
Pertaruhan Demokrat dalam pilihan raya itu amat besar. Demokrat akan hilang penguasaan dalam Dewan Perwakilan jika Republikan menang lima lagi kerusi.
Dalam persaingan bagi Dewan Senat pula, Republikan hanya perlu menang satu lagi kerusi untuk menguasainya.
Jika Dewan Kongres dikuasai Republikan, ia akan menghambat agenda liberal Presiden Biden.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.