Pilihan Raya Sabah: PH, Gabungan Rakyat Sabah peroleh kerusi mencukupi bentuk kerajaan negeri
Pakatan Harapan (PH) mendakwa ia dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, lapor BH Online.
Anggaran Waktu Membaca:
KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) mendakwa ia dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, lapor BH Online.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Fuziah Salleh, berkata Pengarah Operasi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat PKR, Amirudin Shari sedang berunding dengan Pengerusi GRS, Hajiji Noor bagi memuktamadkan pembentukan kerajaan baharu.
"Insya Allah saya dimaklumkan kita cukup jumlah untuk membentuk kerajaan negeri pada Sabtu malam (29 Nov).
"PH berbesar hati kerana kita menjadi sebahagian daripada kerajaan yang akan dibentuk di Sabah malam ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas bertempat di Hotel The Pacific Sutera, di Kota Kinabalu, pada Sabtu malam.
Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Mustapha Sakmud dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, lapor BH Online.
Dalam pada itu, Dr Fuziah turut berkata pihaknya menerima dan menghormati keputusan pengundi negeri tersebut dengan hati terbuka.
"Selaku Setiausaha Agung PKR, saya mewakili rakan-rakan dalam PH ingin menyatakan begitu juga bahawa kami terima keputusan yang telah diberikan oleh pengundi di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana PH bertanding.
"Segala kelemahan ini akan kita lihat dan segala kekuatan juga akan kita lihat. Tentu sekali ada banyak pengajaran yang boleh kita pelajari daripada proses ini," kata beliau, seperti yang dipetik BH Online.
Ketika ini, dua calon PH dari PKR masing-masing berjaya mendahului kerusi DUN Sindumin dan Melalap dalam keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).
Encik Yamani Hafez Musa yang juga anak kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman mendahului undi dalam pertandingan 10 penjuru di Sindumin manakala Encik Jamawi Jaafar mengalahkan tujuh lagi pesaingnya di Melalap.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.