Pilihan Raya Presiden Indonesia mungkin saksikan pertandingan 2 penjuru namun gandingan Ganjar-Prabowo masih dibincang
Anggaran Waktu Membaca:
(Kiri ke kanan) Ganjar Pranowo, Prabowo Subianto, dan Anies Basweda. (Gambar: Agensi berita)
JAKARTA: Kemungkinan Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024 menyaksikan pertandingan dua penjuru nampaknya bertambah hangat.
Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan bagaimanapun tidak melepaskan peluang untuk menampilkan bakal calon Presiden, iaitu Ganjar Pranowo, dengan Prabowo Subianto, iaitu calon yang disokong Koalisi Indonesia Maju.
Ini kerana dengan hanya tinggal sebulan sahaja menjelang pendaftaran calon Presiden dan calon wakil Presiden, dua pakatan penyokong Ganjar dan Prabowo masih belum menentukan pendamping bakal calon Presiden masing-masing, lapor agensi berita Kompas.
Ketua Dewan Pimpinan Pusat (DPP) Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) Cik Maharani, mengakui bahawa masih terdapat kemungkinan untuk mencadangkan bakal calon presiden dari partainya, iaitu Ganjar Pranowo, dengan calon yang disokong Koalisi Indonesia Maju (KIM), Prabowo Subianto.
Pihaknya akan terus berbincang dengan partai politik lain, tidak terkecuali dengan KIM yang terdiri dari Partai Gerindra, Partai Golkar, Partai Demokrat, Partai Amanat Nasional (PAN), Partai Gelora, dan Partai Garuda, untuk bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Presiden 2024 meskipun kedua-dua pihak itu sedang saling mempunyai pendirian yang berbeza.
Cik Maharani berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Parlimen, Jakarta, pada Khamis (21 Sep), lapor agensi berita Kompas.
Menurut Cik Maharani, segala kemungkinan masih boleh berlaku. Apatah lagi, tempoh pencalonan presiden dan wakil presiden berlangsung selama sekitar sebulan saja, iaitu dari 19 Oktober hingga 25 November nanti.
Menjelang tempoh waktu tersebut, semua partai politik memiliki rancangan masing-masing mengenai sosok calon wakil Presiden yang mampu saja mengubah situasi pada saat itu, menurut Kompas.
”Dinamik yang ada di politik ini selalu memungkinkan kita untuk (berhubungan) dan bertemu dengan sesama anak bangsa untuk menyepakati hal-hal yang akhirnya kami sepakati bersama. Bahawa ini adalah yang terbaik untuk bangsa dan negara,” kata Cik Maharani.
Pada ketika ini, PDI-P bersama dengan Partai Persatuan Pembangunan (PPP), Partai Perindo, dan Partai Hanura telah bekerjasama untuk menyokong Encik Ganjar. Ada pula KIM yang menyokong Encik Prabowo. Selain itu, Koalisi Perubahan yang terdiri dari Partai Kebangkitan Bangsa (PKB), Partai Nasdem, dan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) menyokong Anies Baswedan.
Hanya Koalisi Perubahan tidak memiliki bakal calon Presiden, tetapi juga telah menetapkan bakal calon wakil Presiden, iaitu Ketua Umum PKB Muhaimin Iskandar. Sementara itu, gabungan partai politik penyokong Encik Ganjar dan Encik Prabowo hingga saat ini belum menentukan sosok calon wakil Presidennya masing-masing.
"Jadi, namanya politik ini, kan, dinamik. Sehingga pendaftaran, masih banyak hal yang mungkin terjadi. Koalisi Indonesia Maju saat ini justeru sedang memberi tumpuan kepada menyusun program kerja bersama dalam rangka pasukannya untuk Pilihan Raya Presiden nanti,” kata Ketua Harian Partai Gerindra Sufmi Dasco Ahmad.
Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada KIM telah memikirkan senario untuk menggandingkan Encik Ganjar dengan Encik Prabowo dan siapa yang akan dicadangkan sebagai bakal calon presiden dan calon wakil presiden, dipetik daripada Kompas.
Meskipun Encik Dasco mengaku belum pernah terfikir untuk mencalonkan Encik Ganjar dengan Encik Prabowo, beliau menekankan bahawa partainya telah mengukuhkan Encik Prabowo sebagai bakal calon Presiden menjelang Pilihan Raya Presiden 2024. Hal itu kini disokong seluruh parti politik anggota KIM.
Wakil Ketua Umum Partai Golkar Lodewijk F Paulus mengatakan, KIM belum memutuskan bakal calon wakil Presiden pendamping Prabowo dalam waktu terdekat. Sekalipun pakatan tersebut baru saja mendapatkan kekuatan tambahan dengan bergabungnya Demokrat, penentuan bakal calon wakil Presiden tetap akan dilakukan secara hati-hati.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.