Pilihan Raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 Nov
Presiden Mahmoud Abbas mengeluarkan dekri presiden bagi menggesa rakyat Palestin, sama ada di tanah air mahupun di perantauan, untuk mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Majlis Nasional Palestin pada 1 Nov, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Palestin Mahmoud Abbas. (Gambar fail: REUTERS/Jonathan Brady/Pool)
RAMALLAH: Presiden Mahmoud Abbas mengeluarkan dekri presiden bagi menggesa rakyat Palestin, sama ada di tanah air mahupun di perantauan, untuk mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Majlis Nasional Palestin pada 1 Nov, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Dekri presiden itu menetapkan bahawa pilihan raya akan diadakan di mana-mana sahaja yang membolehkan, baik di dalam mahupun di luar Palestin, bagi memastikan penyertaan seluas mungkin rakyat Palestin di mana sahaja mereka berada.
Pilihan raya itu akan dijalankan mengikut prinsip perwakilan berkadar penuh, bagi menjamin perwakilan yang adil untuk semua lapisan rakyat Palestin, termasuk wanita, belia, masyarakat Palestin di luar negara.
Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat akan memantau sepenuhnya proses pilihan raya berkenaan.
Encik Abbas turut menetapkan 14 Mei sebagai tarikh bagi Persidangan Agung Kelapan Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah), yang akan diadakan di Ramallah.
Kabinet sebelum ini menetapkan tarikh pilihan raya tempatan di Palestin pada 25 April.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.