Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pilihan raya Kemboja: Satu-satunya parti pembangkang hilang kelayakan bertanding pada Julai

Anggaran Waktu Membaca:
Pilihan raya Kemboja: Satu-satunya parti pembangkang hilang kelayakan bertanding pada Julai

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dari Parti Rakyat Kemboja (CPP). (Gambar: Pool/AFP)

PHNOM PENH: Badan pilihan raya Kemboja pada Isnin (15 Mei) menyatakan satu-satunya parti pembangkang, Parti Candlelight, hilang kelayakan bertanding pada pilihan raya Julai depan.

Ia disebabkan kegagalan parti tersebut untuk menyerahkan dokumen pendaftaran yang betul.

Meskipun parti-parti lain telah berdaftar untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya keputusan terhadap Parti Candlelight itu sekali gus bermakna Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang memerintah tidak akan berdepan dengan cabaran dari mana-mana pesaing.

Diminta untuk mengulas mengenai keputusan tersebut, jurucakap CPP Sok Eysan berkata pilihan raya pada Julai itu dijalankan secara bebas dan adil, sambil menambah bahawa lebih 10 parti telah berdaftar.

Parti Candlelight yang baru dibentuk lebih setahun itu merupakan penjelmaan semula Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP), sebuah parti pembangkang popular yang dibubarkan Mahkamah Agung pada 2017 menjelang pilihan raya yang menyaksikan CPP serta Perdana Menteri Hun Sen untuk memenangi kesemua 125 kerusi Parlimen dan menjadikan Kemboja sebagai 'negara satu parti.'

Beberapa bekas ahli CNRP ditahan atau disabitkan dengan jenayah, ramai yang tidak hadir setelah melarikan diri di tengah-tengah tindakan keras Encik Hun Sen.

Beliau sebelum ini berkata bahawa CPP akan menguasai politik sehingga 100 tahun.

Pengkritik mendakwa Encik Hun Sen menggunakan mahkamah untuk menyekat pihak lawan yang menyaksikan sejumlah aktivis pembangkang dan pembela hak asasi manusia dipenjarakan.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan