Pilihan Raya Greece: PM Kyriakos Mitsotakis menang besar; diberi mandat untuk penggal kedua
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP/Aris Messinis
ATHENS: Pemimpin parti konservatif New Democracy berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri untuk penggal kedua.
Ini selepas partinya berjaya mendapatkan undi majoriti dengan kelebihan besar dalam pilihan raya yang diadakan pada Ahad (25 Jun).
Berbekalkan sokongan padu rakyat Greece, Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis berikrar untuk mempercepatkan rancangan pembaharuan di negara itu.
Para pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron mengalu-alukan kejayaan beliau.
Pengundian pada Ahad adalah yang kedua diadakan dalam masa sebulan.
Dalam pilihan raya pertama, tiada keputusan muktamad dapat dicapai selepas partinya gagal mendapat undi majoriti, manakala Encik Mitsotakis pula enggan membentuk pemerintah gabungan.
Atas sebab itulah pengundian kedua diadakan semalam, melibatkan hampir 10 juta rakyat Greece.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/KH/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.