Skip to main content

Dunia

Pilihan Raya AS: Beberapa pusat pengundian mula ditutup

Sebahagian pusat pengundian di Indiana dan Kentucky mula ditutup pada Selasa petang sekali gus menandakan bermulanya persediaan untuk keputusan bagi pilihan raya Amerika Syarikat (AS) 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Pilihan Raya AS: Beberapa pusat pengundian mula ditutup

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 04 Nov 2020 08:24AM Dikemas Kini : 04 Nov 2020 08:25AM

WASHINGTON: Sebahagian pusat pengundian di Indiana dan Kentucky mula ditutup pada Selasa petang sekali gus menandakan bermulanya persediaan untuk keputusan bagi pilihan raya Amerika Syarikat (AS) 2020.

Agensi Anadolu melaporkan saluran mengundi dari dua negeri yang terletak di zon waktu timur sudah ditutup, tetapi yang terletak di zon waktu tengah masih dibuka kira-kira sejam lagi. 

Presiden Donald Trump secara meluas diramal mengekalkan penguasaannya di Indiana dan Kentucky sama seperti pada 2016. Keputusan hanya akan dapat diketahui lewat Selasa. 

Pusat pengundian paling awal ditutup bermula 7 malam waktu timur, termasuk kawasan lain di Indiana dan Kentucky, Georgia, Carolina Selatan, Vermont serta Virginia. 

Selain itu, pusat pengundian di Florida dan beberapa bahagian di New Hampshire juga akan ditutup.

Penutupan pusat pengundian paling banyak akan bermula 8 malam membabitkan lebih 20 negeri dan di Washington, termasuk Michigan, Pennsylvania, Texas dan selebihnya Florida.

Sumber : Bernama/EM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita