Pilihan Raya Afrika Selatan tamatkan pemerintahan ANC selama 3 dekad
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Michele Spatari)
JOHANNESBURG: Rakyat Afrika Selatan yang berang dengan isu pengangguran, ketidaksamaan dan krisis daya tenaga di negara tersebut memutuskan untuk tidak menyokong parti memerintah, Kongres Nasional Afrika (ANC), ketika pilihan raya yang diadakan minggu ini.
Parti tersebut meraih 40% undi, sekali gus menamatkan pemerintahan parti yang membebaskan negara itu daripada aparteid, selepas hampir tiga dekad.
Mandat yang lemah secara mendadak bagi parti legasi Nelson Mandela itu, turun daripada 57.5% yang diperolehinya pada pilihan raya parlimen 2019, bermakna ANC perlu berkongsi kuasa dengan pesaingnya untuk mengekalkan mandat tersebut.
Ia merupakan prospek yang belum pernah berlaku sebelum ini.
"Kami boleh berbincang dengan sesiapa sahaja," kata Gwede Mantashe, pengerusi ANC dan Menteri Lombong dan Tenaga Afrika Selatan, kepada wartawan, sambil mengelakkan soalan mengenai pihak mana yang terlibat dalam perikatan.
Undi yang sudah dikira pada Rabu (29 Mei) memasuki peringkat akhir pada Sabtu, dengan keputusan daripada 99.53% pusat mengundi memberikan ANC 40.21% undi.
Parti pembangkang utama, Perikatan Demokratik (DA), meraih 21.80%, uMkhonto we Sizwe (MK), parti baharu yang diketuai mantan presiden Afrika Selatan Jacob Zuma, berjaya meraih 14.60% undi, manakala Pejuang Kebebasan Ekonomi (EFF) berhaluan kiri, diketuai oleh mantan ketua pemuda ANC Julius Malema, meraih 9.48%.
"Kami akan berunding dengan ANC" untuk membuat perikatan, kata Encik Malema, meskipun itu tidak cukup untuk meraih majoriti tanpa melibatkan parti lain dalam kiraan terkini.
Parti ANC memenangi setiap pilihan raya negara sebelum ini dengan suara majoriti sejak pilihan raya bersejarah pada 1994, yang menamatkan pemerintahan minoriti masyarakat kulit putih.
Namun, sejak sedekad lalu, sokongan terhadap parti tersebut mula berkurangan apabila ekonomi terbantut, pengangguran meningkat dan jalan raya serta stesen janakuasa musnah.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.