Pihak polis Australia rampas dadah bernilai AS$140 juta dek kecuaian suspek
Pihak polis di Australia berjaya membuat rampasan dadah bernilai AS$140 juta (S$191 juta) kerana kecuaian seorang pemandu lelaki.
SYDNEY: Pihak polis di Australia berjaya membuat rampasan dadah bernilai AS$140 juta (S$191 juta) kerana kecuaian seorang pemandu lelaki.
Van yang dipandu lelaki berusia 28 tahun itu melanggar sebuah kereta peronda polis di luar sebuah balai polis di bandar Sydney.
Setelah kejadian itu lelaki tersebut melarikan diri dari tempat kejadian tetapi dapat ditahan polis sejam kemudian.
Van tersebut mengandungi 273 kilogram dadah methamphetamine yang diisi di dalam beberapa buah kotak. Suspek sudah dikenakan tuduhan membekalkan dadah dan memandu dengan cuai.
Menurut pihak berkuasa, tiada sesiapa yang cedera dalam kemalangan itu, tetapi kereta polis tersebut "mengalami kerosakan teruk".
Harga dadah methamphetamine di Australia antara dadah termahal di dunia, sekali gus mengakibatkan kumpulan-kumpulan jenayah di negara itu meningkatkan aktiviti memperdagangkan dadah tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.