Pihak pendakwa Malaysia teruskan kes terhadap isteri Allahyarham Daim
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Astro Awani)
SINGAPURA: Sebuah Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah melepas dan membebaskan mantan Menteri Kewangan, Allahyarham Daim Zainuddin, daripada kes gagal mengisytiharkan lebih 70 harta yang dimiliki ketika hayatnya.
Pihak pendakwa bagaimanapun akan meneruskan kes terhadap isterinya, Na’imah Abdul Khalid.
"Ya, (kes) akan diteruskan seperti biasa," kata Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin kepada Mediacorp pada Rabu (20 Nov) apabila ditanya mengenai tuduhan terhadap Na’imah, 67 tahun, kerana gagal mengisytiharkan harta miliknya.
Menurut Wan Shaharuddin, perbicaraannya dijadualkan pada 15 Januari depan.
Cik Na’imah telah mengaku tidak bersalah kerana secara sengaja memberikan kenyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi syarat-syarat notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jika disabit kesalahan, beliau berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM100,000 (S$30,020).
Allahyarham Daim turut didakwa pada Januari kerana gagal mengisytiharkan aset yang dikatakan termasuk 38 syarikat dan 25 hartanah di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah, serta beberapa kenderaan mewah termasuk sebuah Rolls Royce, tiga Mercedes Benz dan sebuah Jaguar.
Aset yang tidak diisytiharkan itu termasuk Menara Ilham bernilai jutaan dolar yang telah disita oleh SPRM. Allahyarham telah mengaku tidak bersalah.
Pada Rabu, Wan Shaharuddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya tidak meneruskan prosiding terhadap Allahyarham Daim menyusuli kematiannya pada 13 Nov.
"Siapa yang akan membayar denda dan menjalani hukuman (jika beliau didapati bersalah)?" tambah beliau, seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today.
Sehari sebelum itu, isterinya Na’imah telah menggesa peguam negara dan SPRM supaya tidak menarik balik tuduhan terhadap Allahyarham, dengan menyatakan bahawa perbicaraan harus diteruskan bagi membersihkan nama mantan Menteri Kewangan itu daripada pertuduhan jenayah.
Peguam Daim, Dr Gurdial Singh Nijar, turut menegaskan perkara ini di mahkamah.
"Ketika beliau terbaring sakit di katil, beliau menyatakan keperluan untuk membersihkan namanya daripada apa yang dianggapnya sebagai tuduhan tidak berasas terhadapnya, atas sebab-sebab yang beliau tidak dapat jelaskan," kata Dr Singh seperti dipetik oleh The Star.
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi mengarahkan pembebasan beliau.
Sebelum kematiannya, Allahyarham Daim telah menggambarkan siasatan terhadapnya sebagai tidak berasas kerana tiada pihak termasuk Perdana Menteri dan SPRM dapat membuktikan bentuk kesalahan yang kononnya dilakukan olehnya.
Allahyarham yang pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan dari 1999 hingga 2001 di bawah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada usia 86 tahunketika menerima rawatan.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.