Pihak bertelagah di Sudan bakal bertemu dalam tempoh 2 minggu
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: AFP)
KHARTOUM: Ketua Tentera Sudan Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan komander pasukan separa tentera RSF Mohamed Hamdan Dagalo dijangka mengadakan pertemuan dalam tempoh dua minggu lagi, menurut seorang pegawai.
"Kami bersetuju dengan pengantara untuk mengadakan pertemuan antara al-Burhan dan Hemedti dalam masa dua minggu lagi," kata Timbalan Pengerusi Majlis Kedaulatan, Malik Agar, kepada televisyen Al Jazeera, lapor Agensi Anadolu.
Beliau berkata pertemuan yang dirancang itu dijangka membincangkan mengenai gencatan senjata dan isu bantuan kemanusiaan.
Bagaimanapun, beliau tidak memberikan sebarang butiran lanjut.
Pada Isnin (12 Jun), Presiden Kenya William Ruto berkata negaranya komited untuk menjadi pengantara bagi membolehkan Encik al-Burhan dan Encik Hemedti bertemu dalam usaha untuk menamatkan konflik di Sudan.
Menurut Encik Agar, Encik al-Burhan berkata beliau bersedia untuk berunding untuk menamatkan konflik itu.
"Beliau (al-Burhan) tidak mempunyai syarat untuk memulakan rundingan," katanya.
Sudan tidak mempunyai pemerintah yang berfungsi sejak Oktober 2021, apabila tentera memecat kerajaan peralihan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat.
Tempoh kerajaan peralihan yang bermula pada Ogos 2019 berikutan penyingkiran Presiden Omar al-Bashir dijadualkan berakhir dengan pilihan raya pada awal 2024.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.