Pihak berkuasa Turki berkas penembak ISIS terlibat dalam serangan di gereja Istanbul
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/OZAN KOSE)
ISTANBUL: Pihak berkuasa Turki memberkas dua penembak yang membunuh seorang individu pada Ahad (28 Jan), di sebuah gereja di Istanbul, semasa satu upacara keagamaan.
Demikian menurut Menteri Dalam Negeri Turki Ali Yerlikaya, berkaitan serangan yang diakui kumpulan pengganas Daesh.
Encik Yerlikaya berkata serangan itu, yang dikutuk Ankara, berlaku sekitar 0840 GMT di Gereja Katolik Itali Santa Maria di daerah Sariyer, Istanbul.

BACA:
Seorang warga Turki, ditembak mati sedang dia menghadiri upacara keagamaan tersebut, lapor Arab News.
"Dua suspek yang menyebabkan kematian warga kami, Tuncer Cihan semasa upacara keagamaan pada Ahad di Gereja Santa Maria di Sariyer pagi ini sudah diberkas," tulis Encik Yerlikaya di platform sosial media X, tanpa menyatakan motif serangan atau siapa yang melakukannya.
Sebelum itu, Daesh, atau ISIS, mengaku bertangunggjawab atas serangan tersebut di Telegram. Ia menyatakan serangan itu adalah respons kepada gesaan oleh ketua kumpulan tersebut untuk menyerang orang Yahudi dan Kristian.
Rakaman video litar tertutup (CCTV) di dalam gereja tersebut, yang disahkan oleh Reuters, menunjukkan lelaki bertopeng memasuki bangunan itu dan menembak mangsa yang berjalan di hadapan mereka.
Rakaman CCTV itu juga menunjukkan lelaki-lelaki tersebut meninggalkan tempat kejadian dengan segera.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.