Pihak berkuasa Thailand buru suspek serangan kuil
Tentera Thailand masih memburu sekumpulan orang bersenjata yang melancarkan serangan ke atas sebuah kuil di wilayah Narathiwat, di bahagian selatan negara itu pada sebelah malam Jumaat (18 Jan).

Para pegawai tentera di luar sebuah kuil di daerah Su-ngai Padi, di Narathiwat, Thailand. (Gambar: Surapan Boonthanom/Reuters)
NARATHIWAT: Tentera Thailand masih memburu sekumpulan orang bersenjata yang melancarkan serangan ke atas sebuah kuil di wilayah Narathiwat, di bahagian selatan negara itu pada sebelah malam Jumaat (18 Jan).
Sehingga kini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu tetapi ia disyaki tindakan pihak pemisah selatan Thailand.
Menurut para saksi, beberapa lelaki yang membawa senjata api automatik datang ke kuil itu dengan menaiki motosikal. Mereka kemudian melepaskan das tembakan sebelum menyerbu ke dalam kuil itu, di mana mereka menembak mati dua orang sami.
Serangan berkenaan dipercayai dilancarkan bagi menggagalkan usaha untuk menggerakkan semula rundingan damai antara kerajaan Thailand dengan beberapa kumpulan pemisah.
Para penganalisis berkata Barisan Revolusi Nasional, yang merupakan kumpulan paling militan, tidak menyertai rundingan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.