Pihak berkuasa Syria dijangka tewaskan ISIS dalam pertempuran terakhir
Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang disokong Amerika Syarikat hampir menembusi kubu terakhir ISIS dekat sempadan Iraq dan dijangka dapat menawan semula Baghouz hari ini (3 Mac), kata seorang jurucakap.

Individu-individu yang ditahan oleh Pasukan Demokratik Syria (SDF) dekat Baghouz. (Gambar: Rodi Said/Reuters)
BAGHOUZ, SYRIA: Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang disokong Amerika Syarikat hampir menembusi kubu terakhir ISIS dekat sempadan Iraq dan dijangka dapat menawan semula Baghouz hari ini (3 Mac), kata seorang jurucakap.
Jika bandar Baghouz di bahagian timur Syria dekat tebing Sungai Euphrates berjaya dirampas semula, ia akan menamatkan usaha antarabangsa yang dijalankan selama empat tahun bagi membanteras anggota-anggota pengganas.
Kumpulan militan itu bagaimanapun kekal sebagai satu ancaman, menggunakan taktik perang gerila dan menguasai sesetengah kawasan tanah tandus di bahagian selatan bandar tersebut.
Beribu-ribu pejuang, pengikut dan orang awam berundur ke perkampung desa dan tanah lapang di wilayah Dier al-Zor itu sedang ISIS semakin melemah.
SDF bertempur dengan ISIS selama hampir 18 jam di dalam bandar Baghouz selepas menyelamatkan baki orang awam dan meneruskan serangannya pada sebelah petang Jumaat (1 Mac).
"Pihak berkuasa kami sedang bergerak dengan perlahan bagi menjauhkan diri daripada sebarang masalah memandangan ISIS meletakkan bahan letupan di sebahagian besar kawasan tersebut. Beribu-ribu bahan letupan diletakkan di jalan-jalan raya di kawasan kecil itu," kata Marvan Qamishlo, seorang pegawai media tentera SDF.
"Kami menjangka menewaskan ISIS pada sebelah pagi," katanya kepada agensi berita Reuters.
Sebahagian besar baki pengganas adalah warga asing yang menggunakan terowong-terowong untuk bersembunyi dan melancarkan serangan terhadap para anggota SDF, kata Encik Qamishlo.
SDF sebelum ini menganggarkan bahawa beratus-ratus anggota ISIS berada di dalam kawasan itu. Perikatan antarabangsa yang diterajui oleh Amerika Syarikat yang menyokong SDF menyifatkan mereka sebagai anggota militan "paling tegar".
Pada Khamis (28 Feb), Ketua Panglima SDF berkata pasukannya akan mengisytiharkan kemenangan dalam tempoh seminggu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.