Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pihak berkuasa M'sia rampas 20 tan bunga api, mercun

Dua puluh tan bunga api dan mercun dirampas di negeri Perak, dalam apa yang dipercayai adalah rampasan terbesar seumpamanya oleh jabatan kastam di sana pada 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Pihak berkuasa M'sia rampas 20 tan bunga api, mercun

Bunga api dan mercun yang dirampas. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 02 Jan 2019 09:15PM Dikemas Kini : 02 Jan 2019 09:19PM

IPOH: Dua puluh tan bunga api dan mercun dirampas di negeri Perak, dalam apa yang dipercayai adalah rampasan terbesar seumpamanya oleh jabatan kastam di sana pada 2018.

Sebuah pasukan penguatkuasaan undang-undang merampas barangan-barangan tersebut dari sebuah rumah dua tingkat di bandar Lahat pada 27 Dis. Seorang lelaki berusia 37 tahun diberkas, menurut Jabatan Kastam Diraja Perak pada Rabu (2 Jan).

Lelaki tersebut menyimpan sebanyak 640 kotak yang mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api di tingkat bawah bangunan itu.

Menurut Penolong Ketua Pengarah Kastam Azimah Abd Hamid, mercun dan bunga api itu, dipercayai diseludup dari China, mempunyai nilai pasaran sekitar RM3 juta (S$988,000).

Cik Azimah menambah bahawa tahun lalu, pihak Kastam sudah membuat 93 penangkapan dan merampas sebanyak 170,168 liter minuman keras bernilai RM1.15 juta (S$379,000) dengan nilai cukai RM3.9 juta (S$1.3 juta).

Pihak Kastam juga merampas sekitar 18.2 juta rokok bernilai sebanyak RM1.34 juta (S$440,000) dengan nilai cukai sekitar RM11.5 juta (S$3.8 juta).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan