Pihak berkuasa Indonesia patahkan percubaan seludup dadah guna kapal berdaftar SG
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Humas BNN RI)
BATAM: Pihak berkuasa Indonesia menyatakan pada Rabu (17 Jul) bahawa pihaknya berjaya menggagalkan percubaan menyeludup dadah di Kepulauan Riau menggunakan kapal yang berdaftar di Singapura.
Sekitar 106kg methamphetamine ditemui di atas kapal Legend Aquarius yang berdaftar di Singapura, yang melalui perairan Kepulauan Riau.
"Penemuan ini adalah hasil kerjasama dan maklumat daripada orang ramai," kata ketua Badan Narkotika Nasional Indonesia Marthinus Hukom di Batam.
Tiga warga India dengan permit Singapura berada di atas kapal itu. Suspek yang dinamakan hanya dengan huruf RN, SD, dan GF, dipercayai menjadi dalang di sebalik percubaan menyeludup dadah itu.
"Mereka bukan anak kapal, tetapi mereka berada di kapal ini untuk mengubah suai tempat untuk menyembunyikan dadah ini," kata Hukom.
Legend Aquarius belayar merentasi perairan Karimun, Kepulauan Riau, dengan destinasinya ialah Brisbane, Australia.
“Mereka mendakwa destinasi mereka ialah Brisbane, Australia, tetapi kami masih menyiasat dakwaan itu,” kata Hukom.
Ketiga-tiga suspek bukan anak kapal, tetapi "orang luar" yang berada di atas kapal itu.
"Ketiga-tiga orang ini mengubah suai tempat khas untuk menyimpan dadah yang tersembunyi di dek kapal dan meletakkannya di dalam bekas bahan api," kata Hukom.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.