Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pihak berkuasa China mohon maaf susuli kematian budak semasa sekatan pergerakan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Pihak berkuasa China mohon maaf susuli kematian budak semasa sekatan pergerakan COVID-19

Para pekerja yang ditugaskan di pusat pemeriksaan. (Gambar: AFP/STR)

Diterbitkan : 03 Nov 2022 09:25PM Dikemas Kini : 03 Nov 2022 09:31PM
BEIJING: Pihak berkuasa tempatan China memohon maaf pada Khamis (3 Nov) menyusuli kematian seorang kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia disebabkan keracunan karbon monoksida. Sekatan pergerakan COVID-19 yang sedang dikuatkuasakan di negara itu, dipercayai melambatkan usaha memberi jagaan perubatan kepada budak tersebut.

Pengakuan kebertanggungjawaban tersebut dianggap jarang berlaku.

Bandar barat daya Lanzhou itu dikenakan sekatan pergerakan selama hampir sebulan di bawah dasar sifat-COVID yang ketat. Ia sekali gus menyaksikan berjuta-juta orang di negara itu terkurung di kediaman masing-masing dan seringkali mengadu mengenai keadaan yang buruk, kekurangan bekalan makanan dan respons kecemasan yang lambat.

Polis tempatan sudahpun mengesahkan kematian seorang budak dalam satu kenyataan pada Selasa (1 Nov) tetapi tidak menyebutkan tentang halangan dalam mengakses rawatan perubatan.

"MEMBUNUH SECARA TIDAK LANGSUNG"

Bapa budak lelaki itu, Tuo Shilei, menjelaskan bahawa dia tidak dibenarkan meninggalkan pekarangan kediamannya oleh para pekerja yang ditugaskan di pusat pemeriksaan. Malah, ambulans juga tidak tiba tepat pada masanya, kongsi Encik Shilei dalam satu catatan di sosial medianya pada Rabu (2 Nov).

Anak Encik Shilei, Wenxuan didapati tidak sihat setelah terhidu gas semasa ibunya sedang memasak kira-kira tengah hari Selasa (1 Nov). Encik Shilei berkata dia cuba sedaya upaya untuk menghubungi ambulan atau polis, tetapi malangnya pihak mereka gagal dihubungi.

Pemerintah dan jabatan kesihatan Lanzhou serta pemerintah wilayah Gansu tidak segera mengulas mengenai insiden tersebut.

Pada Khamis, pihak berkuasa kesihatan daerah mengeluarkan penjelasan yang terperinci mengenai insiden tersebut di sosial media dan mengutuskan takziah kepada keluarga kanak-kanak lelaki itu.

"Kami menerima kritikan dan pengawasan daripada media serta netizen, dan bertekad untuk membetulkan (kesilapan)," menurut catatan pihak berkuasa itu.

Pihak berkuasa Lanzhou mengaku mengambil masa 90 minit untuk mengerahkan sebuah ambulan selepas bapa budak lelaki itu menghubungi talian kecemasan beberapa kali.

"Insiden itu mendedahkan halangan-halangan yang wujud dalam mekanisme menyelamat semasa kecemasan, kelemahan keupayaan respons kecemasan dan tugas kader yang tidak boleh disesuaikan," tambah kenyataan itu.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan